Kecoh di media sosial apabila TV3 telah melangsungkan Anugerah Juara Lagu (AJL) buat kali ke-35 malam semalam apabila beberapa persembahan daripada para peserta telah mengundang pelbagai reaksi.
Tapi dalam banyak-banyak persembahan, nampaknya Persembahan Nabila Razali lah yang paling hangat menjadi buah mulut netizen. Bukan hanya netizen, malah penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun juga tidak ketinggalan.
Komen beliau mengenai nyanyian Nabila Razali yang dianggap melampau dan keterlaluan ini telah menarik perhatian para netizen untuk mengulas.

Bukan itu sahaja, malah Dato’ Fazley Yaakob menerusi laman Facebook turut menegur tindakan Hafiz Hamidun dengan memaklumkan untuk menghormati orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali-kali meskipun sudah menjadi orang yang dihormati.
Pesanan beliau turut mendapat dipersetujui para netizen untuk tidak mudah menghukum seseorang.

