fbpx

Dua guru maut selepas kereta mereka terbabas sebelum terjunam ke gaung dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar pagi tadi.

Dua lagi rakan sekerja mereka, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah serta dirawat di Hospital Tawau.

Difahamkan keempat-empat guru itu mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dan dalam perjalanan dari arah Jalan Merotai menuju ke sekolah.

Kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik. Kesemua mangsa terhumban dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah.

Namun, dikatakan salah seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Dayana Damsah berusia 27 itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 27 Julai 2020 iaitu lebih kurang 10 hari yang lepas.

Dalam pada itu, suami mangsa turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian yang menimpa isteri dan memohon agar orang ramai mendoakan isterinya menerusi Facebook.


[fbcomments]