Hari ini Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri telah memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Agama dan telah pun memasuki Kementerian bagi mengetuai mesyuarat pertama sebagai seorang menteri.
Mulakan hari pertama dengan berjemaah solat Dhuha
Walau bagaimanapun, perjumpaan tersebut dimulakan dengan solat sunat Dhuha, solat Hajat dan sedikit penyampaian ringkas daripada Dr Zul kepada para petugas di kementerian tersebut.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai meninggalkan komen diruangan Facebook dengan mendoakan agar bekas mufti itu dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dan dapat menyelesaikan isu-isu agama di Malaysia.