Presiden Iran iaitu Ebrahim Rahim bersama lapan orang penumpang dilaporkan maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Tiada Yang Terselamat
Menurut laporan dari portal Reuters, perkara tersebut disahkan sendiri oleh kerajaan Iran dan memaklumkan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemukan di lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat yang diterima dari pasukan penyelamat, keseluruhan kabin helikopter tersebut musnah terbakar dan Presiden Iran serta Menteri Luar Hossein Amirabd disahkan meninggal dunia berikutan kejadian tersebut.
“Helikopter Presiden Raisi terbakar sepenuhnya dalam nahas itu dan malangnya, semua penumpang maut,” lapor media Reuters pada Isnin.
Terdahulu, kenderaan udara tanpa pemandu, dron (UAV) Bayraktar Akinci Turki berjaya menemui punca haba dipercayai serpihan helikopter tersebut.
Kementerian Pertahanan Turki dalam pada masa sama menugaskan UAV Akinci dan helikopter jenis Cougar dengan keupayaan penglihatan malam untuk menyertai aktiviti pencarian terbabit.
Untuk rekod, helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi bersama pegawai kanan disahkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad lalu.
Beliau difahamkan dalam penerbangan pulang daripada sebuah majlis bagi merasmikan pembukaan empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan, sebelum helikopter dinaikinya terhempas sewaktu mendarat di wilayah Varzaqan.
Kredit: portal Reuters