fbpx

Seorang imam masjid berusia 71 tahun dilaporkan maut selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat mengambil wuduk dalam kejadian di sebuah surau Kedoya Utara, Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada pagi Khamis semalam.

Imam Umur 71 Tahun Maut Ditikam Di Tempat Wuduk

Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa telah ditikam di bahagian belakang badannya dan suspek melarikan diri selepas jemaah menyedari kejadian itu.

“Waktu azan subuh, kami terus ke atas (tingkat atas surau). Saya solat dua rakaat, tak lama kemudian saya dengar ustaz jerit dua kali sambil menyebut pencuri. Tidak lama kemudian, jemaah turun (ke tempat wuduk) dan melihat mangsa alam keadaan berdarah,” jelas saksi yang bernama Supriyadi, yang juga merupakan jemaah surau itu.

Suspek Kini Diburu Polis

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat iaitu AKBP Andri Kurniawan, beliau memaklumkan bahawa kini polis sedang giat memburu dan mengesan suspek yang dianggarkan berusia 30 tahun.

“Kami sudah mengenal pasti identiti suspek. Ketika ini dia sedang diburu. Dia berkulit coklat gelap. Ketinggian sekitar 173 sentimeter dan memakai rantai leher,” ujar Andri.

Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menemukan petunjuk bagi kes berkenaan.

Kredit: portal JPNN.com

[fbcomments]