fbpx

Seorang influencer di Facebook yang popular dengan kelantangan mulutnya dan penuh kontroversi iaitu Eira Aziera kini bakal di saman dengan jumlah yang amat besar iaitu lebih kurang RM2 juta.

Ini ekoran telah tular satu video menunjukkan bahwa Eira Azira ada memperlekehkan bentuk fizikal seorang wanita bernama Suharnizan menerusi Facebook live pada bulan Ogos yang lepas.

BACA : [VIDEO] “Hei Babi, Lahanat, Anak Haram…” – Usahawan Kecantikan Sombong & Tiada Adab

Saman RM2 Juta sudah di failkan

Pada 13 Oktober lalu, Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek telah memfailkan saman lebih RM2 juta terhadapEira Azira yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming.

Peguamnya, Mohd Rasheed Hassan berkata, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.

Saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel daripada Tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera.

Jadi saman dan pernyataan tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.

14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan.

Menyamakan dengan haiwan ternakan

Menurut kenyataan peguam yang dipetik dari Sinar Harian, sebutan pada 11 November ini akan dibuat secara dalam talian.

Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.

Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Atas tindakan biadap influencer itu, Suharnizan ditemani peguamnya mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.

[fbcomments]