Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah semakin dilonggarkan, namun urusan rentas negeri tanpa alasan kukuh masih belum dibenarkan.
Jadi, semua masyarakat Malaysia tidak dibenarkan sama sekali melanggar syarat tersebut atau sanggup membayar kompaun yang telah ditetapkan kerajaan.
Rentas negeri untuk honeymoon
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun chachimi, dia telah mendedahkan satu pasangan instafamous yang mengakui menggunakan surat kebenaran merentas negeri semata-mata untuk berbulan madu.
Semua dah back to normal katanya
Hal tersebut pastinya membuatkan warganet berang kerana menerusi IG story Instafamous berkenaan, mereka dengan selamba menjawab beberapa pertanyaan berkenaan cara-cara mendapatkan kebenaran merentas negeri untuk pergi berbulan madu.
Ramai yang tanya
Tak sensitif
Rata-rata warganet mempertikai tindakan Instafamous tersebut yang langsung tidak sensitif kerana memuat naik kenyataan serta gambar berbulan madu sedangkan orang lain masih mematuhi arahan berkenaan.