Tindakan ahli parlimen Kota Raja menyifatkan Rasulullah sebagai seorang pelarian dalam sidang parlimen petang semalam telah mencetuskan kemarahan ramai umat Islam.

Maaf katalah… Kalau nak mempertahankan PATI jangan nak samakan dengan Rasulullah SAW.NABI JUNJUNGAN KITA terima jemputan dari pembesar madinah bagi menyebar luaskan ajaran islam dari sana.PATI yang ada di Malaysia ni tiada siapa yang menjemput dan PATI membawa masalah kepada negara…Faham tak ahli politik!!!!! Pembetulan : Rasulullah Saw berhijrah setelah menerima wahyu dari Allah….(admin Joe)

Posted by Regiment Askar Siber Melayu on Isnin, 27 Julai 2020

Mat Sabu dilihat cuba nak mempertahankan PATI sehingga menyifatkan Islam ditegakkan oleh pelarian iaitu merujuk kepada Nabi Muhammad yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Biadap & merendahkan penghijrahan Rasulullah

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Pahang menyelar kenyataan beliau itu dan di anggap sebagai biadab serta merendahkan peristiwa agung penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah.

Menurut Presiden Amanah, Rasulullah SAW bukan pelarian sebaliknya baginda berhijrah demi kedaulatan Islam.

Bertitik tolak dari peristiwa hijrah baginda itu, Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Hijrah baginda demi syariat Islam dan bukannya peristiwa pelarian sebagaimana yang berlaku hari ini.

Mat Sabu kena tarik balik kenyataan

Ummah Pahang meminta Mohamad Sabu menarik balik kenyataan kenyataan tersebut yang telah mencemarkan kemuliaan peristiwa hijrah Rasulullah SAW sekaligus mengelirukan sidang dewan dan rakyat.

Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Kenyataan itu turut dibantah Ahli Parlimen Pasir Mas (Pas) Ahmad Fadhli Shaari.

[fbcomments]