Satu serbuan terhadap kes disyaki khalwat di sebuah rumah di Krubong, Melaka baru-baru ini bertukar tegang apabila seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang ditahan gagal mengawal perasaan selepas mengetahui isterinya berada bersama lelaki lain di lokasi berkenaan.

@unit.operasi.bpk

‘Imam menangkap pasangan berkhalwat’ “Disclaimer: Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar” #operasi #bpk #jaim #kerja #penguatkuasaagama

♬ original sound – Penguatkuasa JAIM – Penguatkuasa JAIM

Suami Gagal Tahan Emosi Selepas Isteri Ditahan Berkhalwat

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika sepasukan penguat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan pemeriksaan susulan maklumat awam mengenai aktiviti mencurigakan di rumah tersebut. Serbuan berkenaan turut melibatkan seorang imam yang bertugas sebelum menahan seorang wanita berstatus isteri orang bersama seorang lelaki lain.

Rakaman video berdurasi kira-kira satu minit yang dimuat naik di platform TikTok oleh pasukan penguat kuasa memaparkan situasi tegang antara pasangan suami isteri itu. Dalam rakaman berkenaan, lelaki tersebut dilihat meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isterinya sebaik sahaja wanita itu ditahan oleh pihak berkuasa.

Dalam video tersebut, lelaki itu turut memberi amaran kepada isterinya sambil menyuarakan kemarahan sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di tempat kejadian bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video berkenaan, rakaman itu bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya dijadikan peringatan kepada masyarakat melalui kempen kesedaran “Amal Makruf Nahi Munkar”.

Susulan tangkapan tersebut, anggota penguat kuasa dilihat terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum kedua-dua individu yang disyaki berkhalwat itu ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat sehingga menimbulkan syak.

Pasangan terbabit kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada pihak JAIM bagi tindakan lanjut. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kredit: TikTok unit.operasi.bpk, Berita Harian

[fbcomments]