fbpx

“Melayu bodoh dan fitnah tak akan berpisah”.

Itu komen Siti Kasim terhadap beberapa berita yang dikongsi oleh masyarakat Melayu berkaitan pandangan peguam itu terhadap desakan Pas yang mahukan pengeluaran dan penjualan arak dihentikan serta-merta.

BACA : ‘Haramkan Juga Sekolah Tahfiz Jika Mahu Haramkan Arak’ – Siti Kasim

“Ini telah disampaikan kepada orang-orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial mereka.”

“Beberapa rakan Melayu saya yang berfikiran waras telah bertanya kepada saya dan mereka tidak percaya dengan apa yang mereka baca. Sekiranya anda ingin mengetahui kebenaran baca posting saya yang sebenarnya,” kata Siti Kasim.

Menurut Siti Kasim, fundamentalis Islam dan Arabisasi telah dan akan terus menjadi sumber kemunduran dan jangkitan barah kepada jiwa Melayu muslim jika masyarakat tidak mengubah cara Islam digunakan oleh golongan politik.

[fbcomments]