Pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) pada tahun depan tidak wajar dijadikan isu kerana itu bertujuan menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.
Tapi nampaknya isu ini masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini meskipun ianya sudah lama menjadi bualan rakyat Malaysia.
Dong Zong bantah tulisan jawi diperkenalkan
Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Hanya 3 muka surat je
Dong Zong bertindak menolak usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memperkenalkan tulisan Jawi pada sekolah rendah jenis kebangsaan meskipun hanya 3 muka surat sahaja.
Tulisan Jawi tu adalah tulisan yang ada pada jata negara kita, tujuannya untuk murid-murid lebih faham simbol-simbol yang ada pada jata negara.
Selain Dong Zong, baru-baru ini, Siti Kassim turut mengadakan satu press conference yang sepakat untuk menolak pengenalan tulisan Jawi ini disekolah jenis kebangsaan.
Tersebar kain rentang di sekolah tidak setuju tulisan Jawi
Rasanya semua orang dah tahu dan lihat gambar yang tersebar ni apabila terdapat beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Melaka telah menaikkan kain rentang yang menulis penolakan dan tidak setuju kepada tulisan Jawi.
Isu ini mendapat perbualan hangat dan pendebatan dari semua pihak.
Bagaimanapun, kini Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah sedang melakukan siasatan kerana ia jelas dilihat seperti ada pihak ketiga yang sengaja melakukan perkara keji seperti ini tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah.
Kita juga dapat melihat yang kain rentang terbabit tidak terdapat sebarang logo sekolah, nama sekolah mahupun nama pengetua sekolah yang terbabit.
Raja Permaisuri Agong turut menyatakan pandangan
Nampaknya isu ni turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda turut menyatakan pandangan baginda.
Menurut baginda, tulisan Jawi tidak lebih dari satu seni sama seperti kaligrafi cina. Tambah baginda ianya suatu yang merugikan sekiranya tidak dipelajari kerana ia merupakan sebahagian dari ilmu.
Tambah baginda lagi, di luar negara, orang bukan Islam berduyun beratur nak beli Quran yang beratus tahun umurnya.