Di sebalik dunia komedi Malaysia, nama Man Raja Lawak muncul sebagai simbol bakat dan ketekunan. Abdul Rahman Kasim, individu di sebalik nama tersebut, telah memikat hati ramai setelah menjuarai rancangan realiti komedi terkenal iaitu Raja Lawak.
Kehadiran Man sebagai tetamu dalam podcast Dol’s Podcast baru-baru ini menjadi perhatian, di mana beliau membincangkan perjalanan kariernya dalam industri hiburan.
Video di bawah:
https://x.com/twtbiy/status/1840287007505035265
Dalam potongan video yang tular itu, Man mendedahkan bahawa beliau telah beberapa kali dijemput untuk muncul dalam rancangan Sepahtu Reunion Live, tetapi masih belum diberikan peluang untuk menjadi pelakon tetap dalam program tersebut.
Bagi Man, Sepahtu Reunion adalah platform penting bagi pelawak-pelawak tempatan untuk menyerlahkan bakat mereka di pentas yang lebih besar.
“Dan aku bila dorang (Sepahtu & Astro) dah janji macam tu aku pun berharap, aku cakap kat bini aku kalau dapat masuk (Sepahtu Reunion) pertama sekali gaji tu aku nak sedekahkan,” kongsinya.
Beliau turut menyatakan bahawa pentas Sepahtu Reunion telah lama menjadi cita-citanya dan dilihat sebagai langkah perancangan jangka panjang setelah dijanjikan watak tetap dalam program tersebut.
Dalam sesi perbincangan itu, Man menekankan bahawa tujuannya adalah untuk mencari rezeki demi menyara diri dan keluarganya. Beliau bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang ada dan terus berusaha membina karier yang cemerlang dalam dunia hiburan.
Kredit: X twtbiy