Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 66, menyambut kelahiran anak ketujuhnya pada pagi Selasa.

Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Ketujuh Di Usia 66 Tahun

Bayi perempuan seberat 2.94 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan pada jam 9.38 pagi, membawa khabar gembira kepada keluarga penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Pop ini.

Berita itu dikongsi oleh Jamal melalui mesej WhatsApp kepada Astro AWANI.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar, dan anak serta isteri saya dalam keadaan sihat. Saya amat bersyukur atas rezeki ini,” ujarnya.

Jamal turut menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anak bongsunya itu.

Difahamkan, beliau bercadang untuk menamakan bayi tersebut sebagai Magdalena Yamani, nama yang diilhamkan daripada kisah gadis yang dipuja Nabi Yusuf.

Bayi perempuan itu merupakan anak kelima hasil perkahwinan Jamal dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29. Pasangan ini, yang mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017, turut mempunyai empat anak lain iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.

Jamal juga mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.

Kredi: Astro Awani

 

 

[fbcomments]