Laman Instagram kini semakin menjadi platform untuk orang ramai berkongsikan aktiviti dilakukan mereka termasuk juga selebriti.
Shaheizy Sam juga merupakan salah satu selebriti yang cukup terkenal menerusi laman Instagram dengan mempunyai 3.8 juta followers.
Terbaru, Shaheizy Sam memuat naik foto bersama Syatilla Melvin dengan memberitahu ianya masa untuk mereka dating berdua. Melihat foto kedua-dua selebriti ini yang tersenyum bahagia bersama membuatkan peminat turut tumpang gembira.
“Detim time!!”
Selain meraih pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut Shaheizy Sam namun lain pula yang jadi apabila terdapat satu komen yang membuatkan isterinya turut memberikan respon terhadap seorang pengguna Instagram.

Ini kerana individu berkenaan memperkenalkan diri sebagai seorang janda diruangan komen perkongsian suami lalu ianya membuatkan Syatilla Melvin turut meninggalkan reaksinya dan ternyata ia membuatkan netizen terhibur dengan komen tersebut:

