Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne.
Berita tersebut telah mendapat liputan meluas oleh pihak media. Namun disebalik itu, terdapat juga beberapa netizen yang telah meninggalkan komen biadab dengan mengatakan kematian bintang tersebut sebagai mati katak.
Jangan caci orang dah meninggal dunia
Lantaran itu, Pendakwah dan Pencetus Ummah (PU) Azman mengambil kesempatan untuk menegur sikap segelintir individu yang suka memberikan kata-kata negatif terhadap orang meninggal dunia.
Beliau telah kongsikan teguran tersebut di akaun Instagramnya dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar.
Jangan caci orang yang meninggal hanya kerana dia tidak sempurna amalannya ketika hidup.
Kau tak tahu apa yang dia lalui antara dia dengan Tuhan menjelang ajalnya.
Adakah kau tahu jerih payahnya untuk berhubung dengan tuhan sepanjang hidupnya?