fbpx

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Siti Kasim yang mengaitkan isu sekolah tahfiz dengan pemandu ma-buk.

Abu Syafiq berkata, Siti Kassim sepatutnya bertaubat kepada Allah dengan segera.

Terdahulu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi ketika menyentuh mengenai isu pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi ketika ini. Peguam itu membangkang cadangan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang membabitkan pemandu mabuk.

Malah apa yang membuatkan netizen lagi bengang bila dia seru untuk tutup sekali sekolah tahfiz! Kenyataan Siti Kasim itu mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen menganggap ia amat biadab, melampau dan bersifat penghinaan ke atas agama Islam dan institusinya.

BACA : ‘Haramkan Juga Sekolah Tahfiz Jika Mahu Haramkan Arak’ – Siti Kasim

Ustaz Abu ajak Siti Kassim berdebat

https://web.facebook.com/AbuSyafiqOriginal/videos/280029633359289/?v=280029633359289

Ustaz Abu Syafiq Original lawan Siti Kasim. Tawaran Diskusi debat berkaitan Pengharaman Arak kerana ma-buk sehingga membunuh. Serta mempertikaikan Madrasah Tahfiz. Sila jawab wahai Siti Kasim!

Mohon kalian semua PM Siti Kasim untuk ajak beliau Diskusi dgn ana. Terima Kasih.

[fbcomments]