fbpx

Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dilaporkan bakal menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

Beri Derma Buat Palestin Dan Yayasan JDT

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram @officialjohor. ia memaparkan sebahagian jumlah yang diberi iaitu sebanyak RM1.017 akan diberikan untuk usaha kemanusiaan di Palestin, hasil daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November. Manakala wang hadiah Liga Super sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat.

Sumbang Semua Kemenangan Untuk Tujuan Amal

Mengulas lanjut, JDT telah menyumbangkan kesemua wang kemenangan untuk tujuan amal, sejak kelab yang diketuai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim ditubuhkan pada tahun 2013.

JDT yang merekodkan kemenangan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.

Skuad Harimau Selatan itu turut menjuarai Piala Malaysia buat kali keempat, sekali gus merekodkan kejayaan treble buat dua musim berturut-turut selepas dinobatkan juala Piala FA pada Julai dan mengesahkan kejuaraan Liga Super pada September lepas.

Kredit: Instagram officialjohor

[fbcomments]