Sekumpulan jemaah tabligh yang menerima rawatan di hospital seluruh negara sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan melakukan amal ibadah ketika menjalani proses kuarantin akibat Covid-19.

Terbaru, dua keping gambar mereka di dalam wad Hospital Sungai Buloh (HSB) dimuat naik seorang doktor perubatan yang kelihatan sedang melaungkankan azan sebelum menunaikan solat berjemaah.

Such a peaceful morning. Azan subuh berkumandang di setiap cubicle. Setiap cubicle melambangkan tempat yg berbeza….

Posted by Amirul Asyraf on Khamis, 19 Mac 2020

“Pagi yang mendamaikan. Azan Subuh berkumandang di setiap cubicle. Setiap cubicle melambangkan tempat yang berbeza. Solat berjemaah dengan jarak satu meter berpisah antara satu sama lain,” tulis Amirul Asyraf.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semoga Allah memberi syifa’ dan kesembuhan yang sempurna buat mereka dan kita semua.

Menurut Amirul, kira-kira 576 individu disahkan positif selepas hadir ke perhimpunan ijtimak di Masjid Jamek Seri Petaling yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

[fbcomments]