Di Jawa Timur, Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan yang ‘hidup’ kembali selepas disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di hospital ini telah menggemparkan penduduk di kawasan tersebut.
Mata terbuka ketika dimandikan
Siapa yang tak terkejutkan, tengah mandikan jenazah, tiba-tiba je mata kanak-kanak tersebut didakwa terbuka dan berkedip beberapa kali.
Dia yang dikatakan hidup kembali itu telah diangkat masuk ke dalam rumah oleh keluarganya. Keluarganya telah menghubungi petugas perubatan Pusat Kesihatan Lumbang bagi mendapatkan bantuan kerana kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah.
Hidap diabetes teruk
Difahamkan pada awalnya, kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Siti Masfufah Wardah ini telah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital oleh keluarganya kerana dilaporkan mengalami kesakitan dan kekejangan.
Melalui hasil pemeriksaan doktor, kanak-kanak tersebut mengalami penyakit diabetes yang sangat teruk. Jenazah juga dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya
Walau bagaimanapun, ketika jenazah dimandikan, kanak-kanak itu telah membuka mata dan kejadian itu telah mengejutkan semua.
Dalam keadaan tenat
Kejadian yang berlaku itu telah disahkan oleh Ketua Polis Lumbang Probolinggo, AKP Muhammad Dugel. Menurut Dugel, tekanan darah Siti berada ditakat 60 dan keadaannya yang sangat lemah itu membuatkan denyut jantungnya tidak dapat dikesan oleh alat perubatan.
Sejam kemudian, pihak petugas perubatan memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal kembali. Jenazahnya dimakamkan hari yang sama di kawasan perkuburan awam yang terletak di kawasan tersebut.