Seorang deejay (DJ) Indonesia, Dinar Candy menjadi viral baru baru ini selepas dia menjual dua helai seluar dalam miliknya yang belum dibasuh dengan harga yang cukup lumayan.
Seluar dalam bernilai RM14,000 dan RM5,000
Menurut laporan media Indonesia, Dinar pertama kali menjual seluar dalam yang tidak dibasuhnya berwarna hitam pada harga Rp50 Juta atau RM14,000.
Seluar dalam tersebut dibeli oleh seorang YouTuber, Bobby Stunt, yang mengaku membeli seluar dalam terpakai itu untuk tujuan pengisian di platform YouTubenya.
Setelah itu, Dinar menjual sehelai lagi seluar dalam berwarna merah yang sedang dipakainya sewaktu muncul di sebuah acara dan dibeli seorang komedian.
Seluar dalam tersebut dijual dengan harga Rp20 juta atau sekitar RM5,000.
Tidak mempunyai pendapatan akibat Covid19
Dilaporkan Dinar terpaksa menjual beberapa barangan peribadi miliknya termasuk seluar dalam terpakai selepas tujuh bulan tidak mempunyai pekerjaan kesan daripada pandemik Covid 19.
Saya tidak mempunyai pekerjaan selama tujuh bulan, jadi saya terfikir menjual seluar dalam terpakai dan ada yang mahu membelinya.
Saya ingatkan dia menipu (urusan di Instagram), tapi kemudian dia betul betul masukkan duit ke dalam akaun saya.
Seorang deejay (DJ) Indonesia, Dinar Candy menjadi viral baru baru ini selepas dia menjual dua helai seluar dalam yang belum dibasuhnya dengan harga yang cukup lumayan.
Asal tidak jual diri
Difahamkan berita itu telah membuat orang kampung memarahi keluarganya yang menetap di Bandung.
Penduduk kampung berasa tindakan Dinar sebagai kurang sopan. Malah ada segelintir orang kampung yang datang bertemu dengan bapanya itu dan memarahinya.
Meski demikian, respons yang diberikan bapa Dinar iaitu Acep Ginayah Sobiri sangat sempoi.
Banyak yang datang ke rumah dan cakap anak saya jual peha serta seluar dalamnya. Jadi saya pun bergurau.
Saya katakan mahu menjual seluar dalam yang sedang dipakai dengan harga Rp10 juta (RM3,000)
Malah bapanya juga berkata menjual seluar dalam jauh lebih baik daripada menjual diri.
Asalkan tidak menjual diri. Jadi jual seluar dalam tak apa apa.