Seorang jururawat di sebuah wad lelaki Covid-19 di Russia dikenakan tindakan disiplin selepas hanya memakai pakaian dalam ketika mengenakan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) lut sinar.
Beberapa gambar jururawat itu yang `mendedahkan’ pakaian dalamnya dirakam seorang pesakit di hospital di bandar Tula sebelum ia tular di media sosial.
Menurut pesakit itu, semua pesakit di wad itu tiada masalah dengan penampilan jururawat berkenaan dan mereka tidak membuat sebarang aduan.
Bagaimanapun, pengurusan hospital mengambil tindakan disiplin terhadap jururawat itu kerana melanggar etika pemakaian.
Jururawat berusia 20-an itu berkata, dia hanya memakai pakaian dalam di sebalik PPE lut sinar itu kerana keadaan di wad itu terlalu panas.
Katanya, dia juga tidak menyedari PPE yang dipakai ketika berada di wad Covid-19 itu terlalu lut sinar hingga mendedahkan pakaian yang dipakainya.
Walau bagaimanapun, jururawat itu dilaporkan digantung tugas dan dikenakan tindakan disiplin.