Memetik laporan Malaysia Gazette, kakak sulung kepada pengacara sensasi Azwan Ali dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan dijangkiti COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Umi Hafilda Ali menerusi akaun Facebook sebentar tadi. Difahamkan, kakak sulung mereka, Norlia, 62 tahun kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan kuarantin.

Perkara itu mendapat perhatian Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang berang apabila namanya dipetik dalam sebuah artikel mengenai berita kakaknya itu.

Menerusi Twitter, Diva AA menghamburkan makian mengenai perkara itu dan mengatakan sudah bertahun lamanya hidup sebatang kara. Malah, Diva AA seolah tidak risau langsung dengan keadaan kakaknya serta mendoakan yang tidak baik


[fbcomments]