fbpx

Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini Nur Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajad Kamaruz Zaman telah mengundang  kontroversi apabila menunaikan umrah dengan mengenakan pakaian jemaah wanita dan menunaikan solat di ruangan solat wanita.

Semalam pula dia telah tampil pada sesi temubual bersama Harian Metro bagi menjawab segala kecaman berkaitan pemergiannya ke tanah suci itu.

“Saya seorang pendosa”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menjawab segala kecaman berkaitan pemergiannya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah baru-baru ini. Walaupun dikecam hebat, Nur Sajat menjawab segala persoalan ketika ditemubual Harian Metro hari ini.

Posted by Harian Metro on Rabu, 12 Februari 2020

“Ya Allah, kalau aku orang yang dilaknat, kalau aku orang berdosa dan aku bukan umat tak dapat cium syurga, kau tariklah nyawa aku.” – Sajat

Pihak imigresen Arab suruh pakai tudung

Kata Sajat, pihak imigresen Arab yang suruh pakai tudung selepas tengok fizikalnya.

“Masa nak dapatkan passport dengan imigresen sana, dia tengok passport dan tengok Sajat then dia suruh Sajat pakai hijab…dia suruh Sajat pergi bahagian wanita..”

“Ofcourse orang imigresen cukup kepandaian dan telah lihat pelbagai jenis passport antarabangsa…

Pergi beribadah bukan pergi meggelenyar

Bila disoal mengenai kecaman yang diterima kerana mempersendakan agama, ini jawapan Sajat:

“Sajat tak boleh nak kata apa, itu pendapat masing-masing, Sajat bukan pergi meggelenyar, kita jaga tatasusila kita, pergi beribadah dan bukan buat bukan-bukan.”

Rasa diri terlalu dekat dengan Tuhan

Tambah Sajat lagi, semasa di Mekah dia telah belajar banyak soal agama dan dia rasa dirinya dekat sangat dengan Tuhan.

Bila ditanya mengapa memakai pakaian wanita, dia terus menjawab bahawa dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Saya memang berpakaian siapa diri saya, saya tak sukja jadi orang lain…sebelum pergi saya dapatkan pendapat mereka yang dah pergi, pendapat orang berpengalaman, mufti, ustaz, saya jadi diri saya, saya tak nak dilahirkan begini.

Saya berlapik dengan wanita

Saya kat sana tak pegang wanita, saya memang sentiasa dengan mak dan anak-anak saya je. even ada wanita nak bersalaman dengan saya pun, saya berlapik… Kita pun kat sana takde nafsu, memang fikir nak beribadah je..”

[fbcomments]