Bekas vokalis kumpulan Handyblack, Zul telah memuat naik posting di Instagramnya merujuk kepada situasi masa kini berkenaan kerisauan masyarakat tentang jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19.

Takde COVID 19 pun korang lari dari tabligh
Menerusi posting tersebut Zul seolah-olah memberi gambaran terhadap sikap segelintir masyarakat yang takut kepada jemaah tabligh.
Katanya, jika jemaah tabligh tidak dijaangkiti wabak C0OVID-19 sekalipun, ramai yang akan mengelak daripada mereka.
“Tak payah buat-buat risau sangatlah…Kalau geng tabligh ni tak kena C0OVID-19 pun korang lari gak bila jumpa,” tulisnya.
Dengan nikmat pun boleh mati
Sementara di ruangan kapsyen Zul menulis kata-kata nasihat mengenai nikmat diberikan Allah SWT dan ujian diberi olehNYA.

“Allah kuasa, virus tak kuasa. Selama ni Allah dah kasi banyak nikmat sebagai ujian iman manusia…Sekarang Allah kasi wabak pulak sebagai penguji IMAN manusia.Dengan nikmat boleh mati, dengan wabak pun bole mati.”
Beliau turut berharap orang ramai tidak menular atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh mencetus panik atau kebimbangan orang awam.
Terdahulu media melaporkan sebanyak 16,000 jemaah tabligh telah menyertai perhimpunan yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.