fbpx

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu individu yang didakwa terlibat dalam sindiket Macau Scam dan perjudian berjaya melarikan diri dengan melompat pagar SPRM.

Keluarga takde yang gemuk ke?

Berikutan tularnya cerita tersebut, ramai yang dakwa lelaki yang melarikan diri di SPRM ialah Datuk Seri Addy Kanna.

Bengang dengan tuduhan tersebut, isteri kepada Addy Kanna, Datin Alyaa Syuhaila meluahkan rasa di Instagramnya

Asal Datuk Seri je suami saya kena. Asal lari je suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemuk babi bagai. Kenapa, keluarga korang tak ada yang gemuk ke? Tanya je, ke muka diaorang macam babi?

Lepas ni apa korang nak tuduh? Yang netizen pun sibuk nak hukum orang lain, acah-acah ahli syurga.

Sendiri tak cermin muka, cakap macam tak ada agama. Dasar manusia munafik.

Tiada kaitan dengan wang haram

Menurut Datin Alyaa lagi, beliau dan suami tiada kaitan dengan kegiatan penipuan atau penggubahan wang haram dan hanya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan sahaja.

https://www.facebook.com/109052780482412/videos/755969538282215/

Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scam ni. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup IG ni.

Tapi orang fitnah kami sana sini cakap kami Macau Scam. Ada berita TV3 mention nama kami?

Berhenti lah buat cerita bukan-bukan. Biar polis buat siasatan kalau dah ada bukti kami Macau Scam baru korang semua boleh cakap apa saja.

Buktikan kami ni Macau Scam

Kalau kami ni Macau Scam buktikan dulu. Kalau kami tak buat scam boleh jatuh fitnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga.

OKT maksudnya Orang Kena Tahan, tapi belum tentu orang kena tahan itu bersalah, SPRM jalankan siasatan.

[fbcomments]