Pelakon popular, Erra Fazira, 51, mengesahkan bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, atau lebih dikenali sebagai Mr. E.

Perkara itu menjadi perhatian selepas pengakuan terbuka dibuat oleh Mr. E menerusi satu hantaran di laman TikTok hibglam.com.my.

@hibglam.com.my

Semoga hubungan Erra Fazira dan Ezwan Zain kekal ke jannah. Doakan yang baik-baik semua! https://hibglam.com.my/2025/03/mr-e-mahu-bawa-hubungan-dengan-erra-fazira-ke-fasa-seterusnya/ Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #errafazira #mre #ezwanzain #pelakon #penyanyi #bercinta

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

“Kami Dalam Fasa Seterusnya” – Mr E Dedah Status Hubungan Dengan Erra Fazira

Dalam kenyataan tersebut, Mr. E mendedahkan bahawa mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, namun hubungan menjadi lebih rapat sejak tahun lalu. Beliau turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang dalam fasa mengenali dengan lebih mendalam sebelum melangkah ke tahap yang lebih serius.

“Sudah lama kami kenal cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia. Status perhubungan kami sekarang adalah untuk cuba ke fasa seterusnya iaitu fasa yang lebih baik. Dari fasa kenal kepada lebih mengenali, kemudian mungkin ada merancang sesuatu begitulah,” ujar Mr E.

Pengumuman tersebut segera mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warganet. Selain memberi sokongan, sebahagian pengguna media sosial turut mengkritik penampilan Mr. E yang dianggap kurang kemas dan tidak setanding dengan Erra Fazira. Gaya rambut yang kelihatan tidak tersisir rapi serta uban yang jelas kelihatan menjadi antara perkara yang diperkatakan oleh netizen.

Sebelum ini, Erra Fazira pernah menyatakan bahawa dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, namun tidak menafikan sedang mengenali seseorang yang merupakan seorang ahli perniagaan. Selebriti itu juga dilihat lebih berahsia mengenai kehidupan peribadinya dan hanya berkongsi perkembangan apabila tiba waktu yang sesuai.

Kredit: TikTok hibglam.com.my

 

[fbcomments]