Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Kapten AA RARETV, Akhmal Asyraf, dilaporkan meninggal dunia pada malam Jumaat ketika berada di Muscat, Oman selepas menerima rawatan di sebuah hospital di negara berkenaan.

Demam Dan Jangkitan Paru-Paru, Kapten AA Meninggal Dunia Di Oman

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan jurugambar terkenal, Saiful Nang menerusi aplikasi Threads yang memaklumkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu tempatan.

Menerusi hantaran tersebut, Saiful Nang turut menggambarkan Allahyarham sebagai seorang yang baik selain menyatakan pemergiannya berlaku pada malam Jumaat.

Difahamkan, Allahyarham berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu terbitan TV AlHijrah sebelum dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Menurut perkongsian Saiful Nang, Kapten AA pada awalnya mengalami demam sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru. Allahyarham kemudian dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Nizwa sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat.

Bagaimanapun, Allahyarham akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]