fbpx

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah atau lebih dikenali sebagai Anju dikhabarkan telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap pelakon Emelda Rosmila dan Amyza Aznan.

Menuntut maaf dan pampasan

Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta daripada kedua-dua pelakon ini kerana telah menjatuhkan reputasinya melalui ‘posting’ dan komen berbaur fitnah mengenai dirinya di aplikasi Telegram dan Instagram.

Menurut peguam yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah, pihaknya menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda.

Surat-surat tuntutan tersebut telah dihantar menerusi firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

Berhenti tulis atau menerbitkan apa2 tulisan mengenai dirinya

Pelakon Anak Pontianak itu juga telah memohon Emelda dan Amyza untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa sahaja bentuk tulisan mengenai dirinya.

View this post on Instagram

– – terima kasih hina anak aku

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“Zarina mahu Emelda dan Amyza membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ia adalah palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi klien kami, Zarina Anjoulie Lavocah

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari.

[fbcomments]