Politik negara dilihat sedang berada di satu tahap yang sangat tegang ketika ini. Kemungkinan peralihan kuasa yang digembar-gemburkan akan berlaku dalam jangka masa terdekat.
‘Makan malam’ yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam dengan kehadiran beberapa tonggak penting politik negara baik kerajaan mahupun pembangkang dilihat memberi satu gambaran hebat yang bakal berlaku.
Solat hajat berjemaah selepas kuliah
Oleh sebab itu, Mufti Wilayah Persekutuan telah melakukan solat hajat malam semalam bagi mendoakan agar Malaysia terus selamat dan sejahtera.
Solat hajat dilakukan di Surau Al-Amin Setia Alamsari Bandar Baru Bangi, Selangor dan diimamkan sendiri oleh beliau.
Mendoakan keamanan negara
Sama-sama kita mendoakan semoga kemelut politik yang melanda negara dapat menemui jalan penyelesaian terbaik dan dijauhkan dari perpecahan serta pekara-pekara yang tidak diingini.
Semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan Nya.