Baru-baru ini anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare ditahan polis susulan laporan polis dibuat isteri baru bapa tirinya berhubung pertengkaran yang berlaku di sebuah pusat beli belah.
Namun menurut Iqbar, tidak berlaku sebarang sentuhan terhadap pengadu.
“Tiada body contact,tiada sentuhan. Hukuman telah jalan, kerjasama sepenuhnya saya telah bagi kepada pihak polis. Alhamdulilah,terima kasih. Nasi sudah menjadi bubur, bubur pun dah nak basi.”
Nak simpan atau pendam
Status yang dimuat naik oleh Iqbar ini telah menarik perhatian ramai orang termasuk sahabat seperjuangan arwah ibunya, Dato Vida sendiri.
Mengasari ibu tiri
Menjengah ke ruangan Instagram miliknya, dia ada berkongsikan liputan berkaitan penahanannya itu. Dalam berita berkenaan, dia didakwa mengasari ibu tirinya di sebuah pusat membeli belah sebelum laporan kepada pihak berwajib dibuat. Patuh kepada tuntutan undang-undang, dia melalui proses siasatan dengan tenang bersama pihak polis.
Melalui laporan Berita Harian, hubungannya bersama si ayah dikatakan menjadi renggang selepas lelaki itu berkahwin baru.
Dia juga turut didakwa telah menghantar sebuah mesej ugutan menyebabkan kematian kepada ayah tirinya itu.
Ugutan bunuh
Memetik laporan Harian Metro, Mohamed Akhbar Hakim Jasman, 20 telah menghantar kiriman WhatsApp berbaur ugutan berbunyi “Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako” terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Kebenaran pasti datang, keadilan pasti menjelma
Tidak pasti apakah kemelut sebenar yang sedang melanda keluarga mereka, namun cara penulisan anak muda ini di setiap posting ternyata menimbulkan pelbagai persoalan.