Pelakon Azar Azmi mendedahkan keperitan yang terpaksa dilaluinya sejurus selepas dibebaskan oleh pihak polis, termasuk berdepan masalah kewangan yang amat mencabar sehingga hanya mempunyai RM28 sahaja.

Menerusi temu bual dalam program Nona, pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi, 37, dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan detik sukar yang sebelum ini tidak pernah dikongsikannya kepada umum.

@heyluvmichelle

“ada 28 ringgit sahaja” Nona jam 2pm di Tv3 Youtube Nona Tv3

♬ original sound – heyluvmichelle – heyluvmichelle

Azar Azmi Dedah Hanya Ada RM28 Selepas Dibebaskan Polis

Menurut Azar, sebaik dia dibawa untuk membantu siasatan, kehidupannya seolah-olah berubah sepenuhnya apabila dia tidak mempunyai apa-apa lagi. Katanya, perkara itu tidak pernah diketahui orang ramai kerana dia memilih untuk berdiam diri, namun hakikatnya selepas dibebaskan dan keluar dari tahanan, wang yang tinggal padanya ketika itu hanyalah RM28 sahaja. Keadaan tersebut, katanya, benar-benar memberi tamparan hebat kepada dirinya kerana dia keluar dalam keadaan hampir kosong tanpa sebarang simpanan.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Nur 2 itu turut mengakui dirinya berasa takut untuk berdepan masyarakat selepas dibebaskan. Jelasnya, perasaan gusar mula menyelubungi dirinya setiap kali memikirkan untuk melangkah keluar dan bertemu orang ramai kerana bimbang dengan pandangan serong, tomahan serta kata-kata cacian yang mungkin diterima susulan isu yang tular sebelum ini.

Dalam masa sama, Azar turut berkongsi bahawa ketika itu dia benar-benar tidak mempunyai apa-apa milik sendiri. Apa yang dipakai di badannya hanyalah hasil bantuan ahli keluarga, termasuk tudung dan kasut milik kakaknya, selain baju arwah ibunya. Dia meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai kakak serta adik-beradik yang sentiasa berada di sisi dan membantu ketika dirinya berdepan ujian yang amat berat.

Menurutnya lagi, sokongan keluarga menjadi kekuatan utama untuk dia terus bertahan dalam melalui episod paling mencabar dalam hidupnya. Azar mengakui dirinya amat beruntung kerana tidak dibiarkan keseorangan, malah percaya kehidupannya mungkin menjadi lebih sukar sekiranya tidak mendapat bantuan daripada ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, nama Azar menjadi perhatian ramai selepas dia bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman dan didakwa di mahkamah berhubung kes penipuan membabitkan tanah kurnia serta darjah kebesaran. Bagaimanapun, Azar kemudiannya dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut.

Kredit: TikTok heyluvmichelle, Harian Metro

[fbcomments]