Setiap kali mendengar khabar mengenai kematian yang berlaku secara tiba-tiba, hati timbul rasa keinsafan dan cemburu dalam diri kerana mudahnya si mati dijemput Ilahi.
Terbaru, seorang lelaki Jalaludin Borhan meninggal dunia ketika menunaikan solat subuh berjemaah di surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang, Johor.
Meninggal selepas solat subuh berjemaah
Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang.
Dalam kejadian itu, mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebelum dia tiba-tiba mengalami sesak nafas.
“Husnul Khotimah. Pengakhiran yang kita semua idamkan. Selepas solat, berzikir, sedang berzikir urut dada. Arwah sujud utk mohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun dari sujud, urut dada kembali dan rebah.“
Anak-anak tahfiz membacakan ayat suci
Sekumpulan anak-anak tahfiz yang turut bersama berada di situ berpeluang membaca ayat suci al-Quran untuk arwah sejurus menghembuskan nafas terakhir.
Pemergian arwah cukup mudah dalam keadaan husnul khatimah.