Hidup sebagai seorang pemandu dan pengguna jalan raya yang berhemah amatlah digalakkan untuk semua orang agar terterapnya sikap perikemanusiaan dan toleransi. Namun, tidak semua orang mempunyai sifat empati terhadap orang lain apabila seseorang pengguna jalan raya sedang menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pemandu Lain Enggan Beri Bantuan
Menurut sumber yang dipetik dari Mstar, baru-baru ini tularnya satu video yang dikongsikan di laman Facebook berkenaan tentang sebuah kereta menghadapi kegagalan fungsi dan tidak dapat bergerak di lorong kedua lebuh raya, namun kebanyakan pemandu jalan raya yang lain enggan berhenti untuk memberi bantuan.
Bukan itu sahaja, mereka ini juga malah tidak mengendahkan pemandu yang sedang menghadapi masalah terbabit meskipun mereka ini tahu perkara tersebut akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas jika kereta berkenaan tidak dialihkan ke bahagian bahu jalan.

Abang Treler Tampil Sebagai Hero
Apabila melihat tiada siapa yang tampil memberi bantuan, seorang lelaki yang juga merupakan seorang pemandu treler memberhentikan kenderaanya untuk menghulurkan bantuan terhadap kereta yang rosak di tengah jalan itu. Beliau kelihatan bertanyakan pemandu kereta jenis sedan tentang masalah yang dihadapi sebelum menolak kenderaan terbabit dari lorong kedua ke bahu jalan.
Walaupun begitu, sikap pentingkan diri sendiri daripada pengguna jalan raya yang lain amat membimbangkan kerana sepanjang tempoh abang treler menolak kereta rosak itu, tiada siapa yang berhenti untuk cuba membantu atau memberhentikan kenderaan mereka sebentar sementara beliau menolak kereta rosak ke tepi. Tambahan pula, ada juga segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan tanpa menghiraukan situasi genting yang terjadi.
Yang Lain Tak Ada Hati Dan Perasaan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri tanpa mempunyai usaha untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Tetapi, ramai juga yang berterima kasih kepada pemandu treler ini kerana sikap baiknya yang sanggup menolong pemandu dalam kesusahan ketika jalan dipenuhi kenderaan.

Kredit: Mstar