Seorang peniaga bazar Ramadan dilaporkan melecur selepas sebuah kereta jenis Persona yang diletakkan berhampiran gerainya dalam keadaan enjin masih hidup secara tiba-tiba bergerak dan melanggar kuali berisi minyak panas yang sedang digunakan sehingga terbalik.
Kejadian berlaku di bazar Ramadan yang terletak di Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Kejadian petang kelmarin (5.45 petang) di bazar ramadan Pekan Kuala Klawang.
Sebuah kereta Persona yang diletakkan berhadapan dengan tapak gerai bazar mengelongsor dan melanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas tertumpah ke atas peniaga… pic.twitter.com/glWZZikW5w
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 14, 2024
Kereta Langgar Gerai Sehingga Peniaga Melecur
Berdasarkan Ketua Polis Daerah Jelebu iaitu Deputi Superintendan Maslan Udin, beliau memaklumkan bahawa terdapat dua kanak-kanak kecil di dalam kereta berkenaan ketika kejadian sekitar jam 5.45 petang Selasa.
“Pemandu telah meninggalkan kereta di luar bazar yang terletak di Kuala Klawang tanpa mematikan enjinnya. Tiba-tiba, kereta itu mula menggelongsor ke hadapan dan melanggar kuali berisi minyak masak,” katanya sambil menambah seorang peniaga berusia 40 tahun melecur 25 peratus di bahagian belakang badan, betis dan paha kiri.
Kes disiasat di bawah Peraturan 14(1)(a) Peraturan Lalu Lintas Jalan dan beliau turut menambah keadaan pemandu dan dua kanak-kanak terbabit masih tidak dapat dipastikan.
Kredit: X mynewshub