Siapa sahaja yang tidak mengenali ikon memasak di media sosial iaitu Khairul Aming atau nama sebenar beliau Khairul Amin Kamarulzaman ini kan! Beliau telah dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Award Malaysia yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

Menang Anugerah TikTok 2023
Beliau yang terkenal sebagai pempengaruh dalam dunia masakan dan sentiasa membuat konten masak-masak terutama di bulan Ramadan telah menambat hati netizen yang sejurus membawa kejayaan ini diperoleh untuk beliau. Difahamkan, Khairul Aming telah menewaskan lima orang pempengaruh yang lain seperti Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Ceddy dan Sally Who.

Beri Ucapan Yang Mendalam Kepada Anak Muda
Dalam pada itu, Khairul Aming juga berkesempatan untuk memberikan ucapan yang cukup menginspirasikan terutamanya kepada para pelajar dan anak muda yang bercita-cita hendak menjadi content creator pada masa hadapan nanti.
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi content creator, teruskan pembelajaran kerana menbuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral. Untuk menjadi relevan dalam industri awak memerlukan banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab”, katanya ketika memberi ucapan.
Beliau juga memberi pesanan tambahan agar anak muda yang mahu menceburi bidang ini tidak mengabaikan pelajaran.
Ini Cara Orang Bijak Bercakap
Menjengah di ruangan komen di laman Twitter miliknya, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah tak terhenti dan memuji ucapan yang diberikan amat bermakna dan beginilah cara orang bijak berkata-kata,


Kredit: Twitter Khairulaming, Ohmymedia