Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan bahawa pihak polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di pulau sekitar Semporna.


Malah menurut laporan sebuah akhbar tempatan, mereka mengalu-alukan kerjasama mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan demi membantu golongan memerlukan di negeri berkenaan.

Namun dalam masa yang sama, mereka turut digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perintah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

.


Ada kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perintah berkurung dikuatkuasakan meliputi beberapa perairan. 

Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit.

Sebelum ini tular di media sosial mendakwa bahawa pendakwah itu mengeluarkan kenyataan di laman sosial dimana beliau mendakwa dirinya terpaksa membatalkan segala kerja amal yang dilakukannya kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau di sekitar Semporna.

[fbcomments]