fbpx

Malindo Air mengenakan perintah kuarantin tujuh kru penerbangannya selama 14 hari di Zhengzhou, China selepas seorang penumpang mereka disyaki dijangkiti coronavirus baharu atau 2019-nCoV.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan penumpang berasal dari wilayah Hubei di Wuhan, China itu menaiki penerbangan berkenaan ke Zhengzhou dari Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

“Malindo Air kini sedang memantau situasi itu dengan lebih dekat dan akan memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada semua kru penerbangan terbabit, serta pihak berkuasa China untuk meminimumkan penularan wabak berkenaan.

Buat masa ini, kita menjalankan tindakan saringan secara proaktif serta mengetatkan kawalan ke atas semua penumpang untuk semua penerbangan yang masuk dan keluar dari China.”

Katanya lagi, semua penumpang warga China dari wilayah Hubei mesti menunjukkan sijil perubatan untuk membuktikan yang mereka sihat dan layak untuk menaiki penerbangan.

“Mereka yang gagal berbuat demikian, tidak akan dibenarkan
menaiki pesawat.”

[fbcomments]