Sejak minggu ini, kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakkan  dengan membolehkan sektor-sektor ekonomi mulai beroperasi.

Setelah daripada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)  Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa kerajaan sudah menarik balik arahan pergerakkan yang hanya boleh merentasi 10km sahaja. Perjalanan rentas negeri turut sudah dibenarkan dengan syarat tertentu.

Kunjung-mengunjung memang tak dibenarkan

Perjalanan rentas daerah turut dibolehkan namun tadi beliau memberitahu tiada amalan ziarah-menziarahi pada hari raya dan perkara tersebut dilarang bagi mengelakkan sebarang penularan pendemik Covid-19.

Beliau menyatakan bahawa amalan kunjung-mengunjung dalam negeri mahupun daerah tidak dibenarkan sama sekali walaupun kerajaan membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin), kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat.”

Menurut laporan tu lagi,PKP Bersyarat yang akan berakhir pada 12 Mei ini berkemungkinan akan diteruskan sehingga hari raya.

[fbcomments]