Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kes kemalangan jalan raya ni kelihat semakin kerap berlaku. Termasuk juga kes langgar lari sehingga menyebabkan kecederaan serius mahupun kematian.
Malah boleh dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenainya di dada-dada akhbar.
Terbaru, seorang lelaki telah memuat naik beberapa gambar kemalangan yang berlaku di Tol Batu 3 lama dari Shah Alam. Mangsanya, Sulaiman Omar,35 yang dalam perjalanan membawa anak-anaknya untuk dihantar ke sekolah.
Anak perempuan tunggal meninggal
Situasi kemalangan tersebut bertukar sedih selepas bapa tersebut menangis memberitahu orang ramai bahawa mangsa yang meninggal dunia itu adalah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
Ekoran kemalangan tersebut, pelajar perempuan yang berusia 9 tahun itu mengalami cedera parah di leher hinggga mengakibatkan dia maut ditempat kejadian. Manakala abangnya berusia 11 tahun pula parah di ICU dan bapanya hanya cedera ringan.
Bapa hilang kawalan selepas dilanggar kereta
Difahamkan 3 beranak ini telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan hingga mengakibatkan mereka hilang kawalan lalu tercampak ke penghadang jalan.
“Seorang meninggal kecederaan serius dekat leher kena divider besi dan seorang cedera serious di muka.” – Azmi Ismail.