Peminjam individu yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mahu kemudahan moratorium mereka dilanjutkan, perlu segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini dan mengelak daripada melakukannya di saat-saat akhir.
“Permohonan lanjutan moratorium itu harus dilakukan segera oleh peminjam kerana ia bukan lagi automatik seperti dahulu.” – Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.
“Kita juga tidak mahu mereka (peminjam) buat permohonan di saat-saat akhir. Jika datang pada hujung September, kita risau dari segi kemampuan bank-bank untuk mengurus permohonan mereka.”
Jelas beliau , memang tidak dinafikan bahawa proses permohonan ini memakan masa. Jika mereka lewat (membuat permohonan) maka Oktober nanti mereka perlu membayar seperti biasa.
“Ini pastinya memberi kesan terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, belum mendapat kerja atau mengalami pengurangan pendapatan.”