fbpx

Nampaknya penularan COVID-19 di Amerika Syarikat mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi terhadap ekonomi berbanding risiko kesihatan kepada orang awam.

Pakar Pembangunan Ekonomi, Omar Hassan, dipetik oleh akhbar The Independent berkata, jika virus itu benar-benar memberi kesan langsung kepada hidup individu, ia disebabkan oleh halangan untuk pergi berkerja, dihentikan oleh majikan atau perniagaan menjadi berdepan masalah.

“Jika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus gagal mengawal situasi ini, ia mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk dilantik semula sebagai Presiden.

“Joe Biden pula yang secara khususnya telah mengenalpasti COVID-19 sebagai kelemahan buat Trump, menjanjikan kepemimpinan ‘yang lebih tenang, meyakinkan’ di waktu yang rakyat Amerika amat perlukan ketika ini,” katanya.

Dari segi ekonomi, beliau berkata ia akan melumpuhkan berjuta orang, terutama sejak pandemik itu diburukkan lagi dengan dengan kejatuhan mendadak pasaran saham, perang minyak antara Russia dan Arab Saudi dan kesan tempias perang di Syria.

[fbcomments]