fbpx

Berikutan terjadinya pandemik Covid-19 yang telah melanda Malaysia dan juga seluruh dunia, The Giving Bank – sebuah organisasi yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan tampil menghulurkan beberapa sumbangan berupa bekalan kesihatan dan makanan kepada barisan hadapan negara dan juga golongan-golongan istimewa bagi menangani wabak COVID-19.

Mereka juga turut menyediakan pelbagai peralatan dan sumber penting seperti kotak inkubator, topeng hidung dan mulut (mask), hand sanitizer, beras dan pelbagai barang makanan ke 13 balai polis, 16 buah hospital, 19 Jabatan Agensi Kerajaan dan juga Zoo Negara turut menerima bantuan daripada The Giving Bank.

“Selalu Ada Untuk Memberi”

Bersesuaian dengan moto “Selalu Ada Untuk Memberi”, organisasi ini dan pasukannya telah berjaya menyelesaikan 249 projek yang membantu pelbagai golongan terdiri dari kakitangan hospital, balai polis, agensi kerajaan dan juga semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

Badan pertubuhan ini telah mencapai kejayaan yang luar biasa, dimana mereka telah berjaya menyelesaikan 460 projek sejak 2016, dengan 9148 penerima.

Tidak hanya fokus kepada golongan B40 sahaja

Bukan hanya setakat memberi bantuan kepada kumpulan pendapatan B40 sahaja, malah The Giving Bank juga turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan bantuan makanan, ubat-ubatan serta dana yang diperlukan kepada pelarian imigran Myanmar dan Filipina agar mereka dapat mengakses kehidupan yang lebih baik dan berkualiti tanpa mengira latar belakang.

Untuk pengetahuan, organisasi ini juga telah menjangkau sempadan Malaysia untuk membantu beberapa orang komuniti di Nigeria. Paliatif makanan telah diedarkan kepada mereka yang kurang berkemampuan di Negeri Bayelsa, Peringatan Diete Koki di Yenagoa Metrapolis, komuniti Kpansia dan komuniti Okutukutu.

Tak cukup dengan itu, Pengasas The Giving Bank Dr Janson Ang yang juga merupakan seorang lelaki berbangsa Cina turut menyediakan tawaran biasiswa peringkat diploma kepada belia yang ingin melanjutkan pengajian tetapi menghadapi keupayaan kewangan terhad kepada seluruh lapisan masyarakat.

[fbcomments]