fbpx

Seorang paderi di Cameroon yang mendakwa boleh merawat pesakit Covid-19 dengan menyentuh mereka dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat dijangkiti virus berkenaan.

Menganggapnya sebagai nabi

Frankline Ndifor, 39, yang pernah bertanding pilihan raya presiden pada 2018 mempunyai ribuan pengikut yang menganggapnya sebagai nabi.

Beberapa minggu lalu ramai pesakit yang positif dan disyaki dijangkiti Covid-19 memenuhi Gereja Kingship International Ministries yang diasaskan Ndifor.

Ndifor kemudiannya meletakkan tangannya pada setiap pesakit dan melakukan ritual untuk mengubati penyakit berkenaan.

Meninggal dunia akibat Covid-19

Kira-kira seminggu lalu, Ndifor dilaporkan jatuh sakit dan dia kemudiannya meninggal dunia di rumahnya akibat mengalami masalah pernafasan, difahamkan akibat Covid-19.

Bertemu Tuhan dan akan hidup semula

Bagaimanapun, pengikutnya tidak percaya Ndifor meninggal dunia dan menganggap lelaki itu bertemu tuhan dan akan dihidupkan semula.

Beratus-ratus pengikut Ndifor berkumpul di depan rumah lelaki itu di bandar Douala selama lapan jam dan menghalang pihak berkuasa membawa keluar mayatnya untuk dikebumikan.

Polis akhirnya terpaksa menyuraikan pengikut Ndifor dan membawa mayat lelaki itu keluar untuk dikebumikan.

[fbcomments]