fbpx

Pertunjukan fesyen pada era kini tidak lagi asing dipandang kerana ia diadakan pada setiap tahun, tak kira di negara mana termasuklah Malaysia. Baru-baru ini acara pertunjukan fesyen telah diadakan di Pulau Pinang pada 17 Jun yang dihadiri oleh berbagai tetamu yang menggayakan pelbagai jenis busana.

Namun, apa yang menjadi sorotan pada malam itu adalah dengan kedatangan seorang tetamu lelaki yang menggayakan blazer hitam bersaiz besar bersama seluar pendek yang tidak kelihatan, kasut but bertumit tinggi, dan aksesori rantai yang dipakai olehnya.

@heryhustlers

ramai request Akim kan previos video?!🙊 #fitcheck at #penangfashionshow2023 part 2! rate his outfit from 1-10! #heryhustlers

♬ original sound – HeryHustlers – HeryHustlers

Datang Sebagai Tetamu Untuk Support Kawan Pereka Fesyen

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok @HeryHustlers, pakaian yang digayakan oleh lelaki berkenaan yang juga dikenali sebagai Akim Ahmad, telah meraih kecaman netizen di platform tersebut akibat beliau kelihatan seolah-olah tidak memakai seluar memandangkan blazer yang dipakainya itu bersaiz besar.

“Saya sebagai tetamu hadir ke acara itu untuk memberi sokongan kepada kawan saya yang juga seorang pereka fesyen. Baju yang dipakai ini, saya mix and match, cuba itu gaya pelakon Nabila Huda”, jelas Akim apabila ditemu ramah oleh pemilik video tersebut.

Tak Melompat Dengan Kecaman Netizen

“Pada mulanya, individu itu memuat naik video saya ke TikTok, saya okey je. Kemudian ada orang sebar ke Facebook. Pada waktu itu, saya kata saya tak boleh nak buat apa dah. Kawan yang maklumkan saya dah viral di Facebook”, ujar Akim kepada pihak media lain.

“Nak tegur tak salah tapi ada caranya. Saya okey sahaja. Saya terima segala teguran”, tambahnya lagi.

Dihujani Kritikan Netizen Di TikTok

Menjengah di ruangan komen TikTok ini, rata-rata mereka semua tidak menyangka dengan gaya fesyen yang dipakai oleh Akim.

Kredit: TikTok HeryHustlers

[fbcomments]