fbpx

Penukaran semula status Hagia Sophia sebagai masjid berjaya mengangkat imej Turki sebagai negara Islam, memperlihatkan semula kebangkitan Islam di negara itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mengatakan bahawa perubahan status Hagia Sophia menjadi masjid adalah usaha awal untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Kebangkitan Islam

Menerusi Jerusalem Post, Presiden Turki itu mengaitkan keputusan untuk menghidupkan kembali Islam dari Bukhara di Uzbekistan sampai Andalusia di Spanyol. Terminologi ini, yang menghubungkan al-Aqsa di Jerusalem dengan Hagia Sophia dan Spanyol.

Erdogan sendiri telah lama dikenali sebagai antara pemimpin yang memperjuangankan hak rakyat Palestin daripada terus berada dalam cengkaman penindasan rejim Zionis.

Beliau digelar ‘Singa’ Islam. Kelantangannya bukan calang-calang, berani lawan cakap Donald Trump dan tidak gentar menghambat kecaman ke atas Israel.

[fbcomments]