fbpx

Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami baru-baru ini selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus sebanyak lima kali dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara.

Amaran Tsunami Dikeluarkan

Berdasarkan laporan Sinar Harian, agensi vulkanologi Indonesia memaklumkan bahawa Gunung Ruang pada mulanya meletus buat kali pertama pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa, dan disusuli dengan empat letusan yang lain pada Rabu.

Mereka turut meluahkan rasa bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu berkemungkinan boleh runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada tahun 1871.

Susulan itu, Pulau Tagulandang di perairan timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan dengan risiko dilanda tsunami sehingga terpaksa memindahkan 11,000 penduduk dari kawasan berhampiran termasuk pulau terpencil Tagulandang yang menempatkan kira-kira 20,000 orang.

“Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana empat peringkat.

“Berdasarkan visual dan bacaan yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” jelas Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan.

Gelombang Tsunami Boleh Capai 25 Meter

Terbaharu, Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi utara boleh mencapai 25 meter.

Menurut Ketua pasukan kerja gunung berapi iaitu Heruningtyas, beliau memaklumkan bahawa potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang dan ia boleh berada di ketinggian yang amat merbahaya.

“Heruningtyas berkata, potensi tsunami boleh berlaku sekiranya bahan letusan Gunung Ruang jatuh ke dalam laut dan menyebabkan paras air laut meningkat. Orang ramai dalam jarak enam kilometer dari Gunung Ruang perlu segera berpindah kerana bencana itu booleh meragut 300 hingga 400 nyawa,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]