fbpx

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) menjadi bualan hangat netizen apabila dia berkongsi sebuah video mempamerkan dirinya menyeru orang ramai agar tidak terlalu berharap dengan bantuan bendera putih sahaja.

Selepas teruk dia dikecam oleh warganet, usahawan kosmetik tersebut pun keluarkan kenyataan memberitahu bahawa dia sudah beberapa kali menghantar bantuan kepada golongan terjejas di sekitar Ipoh, Perak.

“Lupa dah trip bantuan ke berapa”

Alhamdulillah trip harini untuk yang betul betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh, Perak. Saya pun dah lupa ini trip ke berapa dah sebelum ini saya hanya hantar team saya sahaja. 

Kepada sesiapa yang mengutuk/menghina saya, yang kononnya berlumba-lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama-sama membantu okay.

DSV turut memuat naik video ketika berkunjung tempat tinggal salah seorang yang memerlukan bantuan yang hanya tinggal di sebuah pondok kecil di kawasan kandang kambing dan reban ayam.

Tengok Abang Man, kerja gaji RM10 sehari. Kadang dapat RM14..hingga RM20.. Kerja Kampung.. Kerja berat.. Tak bergerak tak makan katanya. Ambil upah jaga ayam, ikan, kambing. ini yang saya kata USAHA!

Terdahulu, jutawan itu dikecam kerana berkongsi kenyataan mempersoalkan golongan susah sampai bila maju dibantu jika diri sendiri tidak berusaha dan hanya mengharapkan bantuan.

[fbcomments]