Inisiatif yang dilakukan oleh pihak masjid ini sangat ‘rare’ dan patut dipuji. Malah seharusnya masjid-masjid lain di seluruh negara mengambil inisiatif sama.
Sukarelawan wanita
Kewujudan sukarelawan wanita yang berkawal dan menjaga keselamatan di Masjid Gong Tok Nasek ketika jemaah menunaikan solat Jumaat harus dipuji dan dicontohi.
Seramai 10 wanita berusia 50 hingga 65 tahun lengkap dengan jaket keselamatan berkawal di pekarangan masjid, sekali gus mencegah berlaku kecurian di masjid berkenaan.
Memastikan jemaah tunaikan solat dengan tenang
Menurut kenyataan salah seorang sukarelawan tersebut, kawalan tersebut dijalankan bagi memastikan jemaah di masjid dapat menunaikan solat dengan tenang tanpa bimbang mengenai keselamatan harta benda masing-masing.
Kawalan bermula jam 1 tengah hari hingga selesai solat Jumaat itu dijalankan sejak Ogos tahun lalu.
“Sejak pasukan sukarelawan berkawal di situ, tiada lagi kes kecurian yang berlaku di masjid berkenaan.”
“Paling diberi perhatian ialah motosikal yang diparkir di hadapan masjid selain mengawal lalu lintas di hadapan masjid supaya lancar.”
Pantau remaja ponteng solat
Bukan sahaja menjaga keselamatan harta benda tetapi mereka juga turut memantau remaja yang ponteng solat.
“Biasa kami akan nasihatkan remaja yang melepak di sekitar masjid supaya masuk masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat.”
Tiada upah
Untuk pengetahuan, mereka semua menjalankan kawalan secara sukarela tanpa sebarang upah atau paksaan. Semuanya kerana ingin membantu dan berkhidmat. Tahniah!