Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Cik Petir’ telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.
Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.
Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Namun, pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.