Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op Covid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak wajar dengan hukuman penjara

Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita yang memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

BACA SINI : “Hoi Stupid Idiots!” – Wanita Maki Polis Sedang Menjalankan Tugas Masa Ops Covid-19

Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.

Hukuman komuniti

Beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.

“Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenayah berat.

Tambah peguam tu lagi, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat sahaja.

Didakwa atas 2 pertuduhan

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

[fbcomments]